Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA solat jemaah BERJAYA MENCAPAI 320 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI

71  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0817.
Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. sedang berdiri mengucapkan khutbah Jumaat. Tiba-tiba tiba suatu kafilah dari Syam; maka jemaah berlarian menyambut kedatangan kafilah itu, sehingga yang tinggal di masjid hanya dua belas orang saja lagi. Kerana itu maka turunlah ayat: "Wa idz,ra-au tijaratan au lahwanin fadhdhu ilaiha wa tarakuka qaima "(Al Jumuah: 11)

72  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0465.
Diceritakan oleh 'Uqbah r.a., katanya: "Aku solat Asar di Madinah di belakang Nabi saw. Setelah memberi salam, beliau cepat berdiri sehingga melangkahi duduk orang menuju ke bilik salah seorang isteri beliau. Jemaah agak terkejut melihat Nabi begitu cepat berdiri. Kemudian beliau kembali dan dilihatnya orang banyak agak hairan melihat beliau tergesa-gesa. Lalu beliau bersabda, "Aku teringat ada sedikit emas di tangan kami. Aku tak suka terganggu kerananya, kerana itu ku suruh bahagi-bahagikan emas itu."

73  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0057.
Berkata Abu Wail r.a., katanya: "Abdullah (bin Umar) mengajar suatu jemaah tiap-tiap hari Khamis. Seorang laki-laki berkata, "Hai, Abu Abdurrahman! Saya mengharap supaya Anda dapat mengajar kami setiap hari". Jawab Abdullah, "Saya khuatir, kalau-kalau Anda semua jadi bosan. Saya memilih waktu yang baik, sebagaimana juga Nabi memilihkan waktu yang baik untuk kami belajar, menjaga supaya kami tidak bosan."

74  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0523.
Dari 'Abdullah bin Buhainah r.a., katanya : "Pada suatu ketika Rasulullah saw. mengimami kami solat. Setelah dua rakaat, beliau langsung berdiri tanpa duduk (tasyahud awal), dan jemaah yang banyak turut pula berdiri mengikuti beliau. Tatkala solat telah selesai, dan kami sedang menunggu.menunggu beliau mengucapkan salam, ternyata beliau takbir, lalu sujud dua kali ketika duduk sebelum salam; setelah itu barulah beliau memberi salam."

75  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0620.
Dari Anas bin Malik r.a., katanya Rasulullah saw. solat berjemaah bersama-sama dengannya, dengan ibunya, dan dengan bibinya. Kata Anas, "Rasulullah menyuruh ku berdiri sebelah kanan beliau, dan para wanita di belakang kami (pria)."

76  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0181.
Dari 'Usman bin 'Affan r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang berwuduk untuk solat, dan disempurnakannya wuduknya itu sebagus-bagusnya, sesudah itu dia pergi menunaikan solat wajib berjemaah dengan orang ramai di masjid, nescaya Allah mengampuni dosa-dosanya."

77  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0052.
Anas bin Malik r.a., berkata: "Ketika kami sedang duduk bersama-sama Nabi saw. di dalam masjid, masuk seorang laki-Iaki mengenderai unta. Dihentikannya untanya lalu dipautkannya. Kemudian dia bertanya kepada jemaah yang ada di situ: "Yang manakah di antara Anda sekalian orang yang bernama Muhammad ?" Ketika itu Nabi saw. sedang duduk bertelekan di antara orang banyak. Jawab kami, "Itulah beliau, laki-laki putih yang duduk bertelekan." Kata orang itu kepada Nabi, "Hai; anak Abdul Muthalib." Jawab Nabi, "Ya, silakan Anda berbicara aku sedia menjawabnya." Kata orang itu, "Saya hendak bertanya kepada Anda. Mungkin pertanyaan saya ini agak sukar kerana itu janganlah Anda merasa gusar!" Jawab Nabi. "Tanyakanlah apa yang terasa di hati Anda." Kata orang itu. "Saya bertanya dengan nama Tuhan Anda dan Tuhan orang-orang yang dahulu, adakah Allah mengutus Anda kepada umat manusia seluruhnya?" Jawab Nabi, "Ya, Allah! Betul!" Bertanya pula dia, "Saya bertanya dengan nama Allah, adakah Allah menyuruh Anda menegakkan solat lima kali sehari semalam?" Jawab Nabi. "Ya, Allah! Betul!" Tanyanya pula, "Saya bertanya dengan nama Allah, adakah Allah menyuruh Anda mengerjakan puasa bulan ini (Ramadhan) setiap tahun?" Jawab Nabi, "Ya, Allah! Betul" Tanya orang itu pula, "Saya bertanya dengan nama Allah, betulkah Allah menyuruh Anda mengambil sedekah (zakat) dari orang-orang kaya untuk dibahagi-bahagikan kepada orang miskin?" Jawab Nabi, "Ya, Allah! Betul!" Orang itu berkata, "Saya percaya dengan agama yang Anda bawa. Saya utusan dari suku saya, dan namaku Dhiman bin Tsa'labah dari Banu Saad' bin Bakr."

78  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0135.
Dari Aisyah r.a. katanya: "Ketika sakit Nabi bertambah berat, beliau meminta kepada semua isteri beliau, supaya ia diizinkan selama sakit ia dirawat di rumah ku, dan mereka semua mengizinkannya. Lalu Nabi pergi (ke rumah Aisyah) dipapah oleh dua orang laki-laki, sedangkan kedua belah kaki beliau tercecah menggaris tanah di antara kedua orang laki-laki itu, iaitu Abbas dan yang seorang lagi." Kata Ubaidillah, "Cerita Aisyah itu ku ceritakan kepada Abbas, lalu dia menanyakan kepada ku, 'Tahukah engkau, siapakah laki-laki yang seorang lagi itu?' Jawab ku, "Tidak!" Katanya, "Dia adalah Ali." Selanjutnya Aisyah menceritakan juga, bahawa setelah Nabi saw. berada di rumahnya, sedangkan sakit Nabi bertambah keras juga, maka beliau bersabda, "Siramkanlah kepada ku tujuh girbah air yang masih utuh, mudah-mudahan aku segera dapat melaksanakan dakwah kembali kepada orang banyak." Lalu Nabi didudukkan ke dalam sebuah bak mandi dibuat dari kuningan, kepunyaan Hafshah, isteri Nabi saw., kemudian beliau kami siram dengan air yang disuruhkan Nabi, sampai beliau memberi isyarat kepada kami, 'Sudah cukup." Sesudah itu beliau pergi (ke mesjid) , menemui jemaah."

79  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0797.
Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., dari bapanya, katanya : "Ketika Omar bin Khathtbab sedang berkhutbah di hadapan jemaah pada bari Jumaat, masuk seorang lelaki sahabat Rasulullah saw., lalu dia di panggil oleh 'Umar, katanya: "Sudah jam berapakah ini?" Orang itu menjawab, "Aku sangat sibuk hari ini. Aku tidak sempat pulang, sehingga ketika kedengaran azan, tidak ada yang dapat ku lakukan selain wuduk." Kata 'Umar, "Wuduk juga perlu. Tetapi bukankah anda tahu bahawasanya Rasulullah saw. memerintahkan pula supaya mandi?"

80  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0655.
Dari 'Abdullah bin 'Abbas r.a., katanya: "Ketika hari hujan dia memerintahkan kepada muadzinnya sesudah membaca "Asyhadu anla la, ilaha illallah, asyhadu onna Muhammadar Rasulullah" jangan baca "Hayya 'alash shalah" tetapi membaca "Shallu li buyutikum" (Silakan solat di rumah masing-masmg). Mendengar bacaan itu, orang banyak menyalahkannya. Kata Ibnu 'Abbas, "Mengapa anda sekalian menyalahkannya? Orang yang lebih baik daripada ku (yakni Rasulullah saw.) bahkan melakukannya. Berjemaah memang penting. Tetapi aku tidak ingin memaksa anda sekalian berjalan di tanah becek dan licin."